Home Berita Semasa Positif dadah punca dua lelaki langgar ‘roadblock’

Positif dadah punca dua lelaki langgar ‘roadblock’

AKIBAT memandu di bawah pengaruh dadah, dua lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya menuju ke Parlimen sekitar jam 11.50 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek dikatakan takut ditahan polis sebelum nekad melanggar sekatan dan membuat pusingan ‘U’.

“Suspek ketika itu berada di bawah pengaruh dadah dan takut sekiranya ditahan polis.

“Ujian air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Meth,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek telah menemui beberapa rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

Setakat ini, polis juga sedang mengesan pemilik kenderaan yang didaftarkan atas seorang wanita untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak mempunyai sebarang rekod kehilangan.

Kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya

Exit mobile version