Home Berita Semasa Polis pangkat inspektor didakwa rogol tahanan wanita, tawar setel kes

Polis pangkat inspektor didakwa rogol tahanan wanita, tawar setel kes

POLIS sedang menyiasat seorang anggotanya yang berpangkat inspektor selepas didakwa merogol seorang tahanan Wanita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris, anggota tersebut yang berusia 29 tahun kini telah direman bermula hari ini sehingga Sabtu.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu.

“Semasa berada di bilik tersebut, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan, katanya hari ini.

Mangsa yang juga berstatus janda itu mempunyai dua orang anak dan ditangkap bersama suaminya menerusi satu siri serbuan oleh pihak Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

Tangkapan itu menyebabkan mangsa berusia 27 tahun itu bersama suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

Wan Khairuddin berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.