Polis kenal pasti kes anggota “paw” duit

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota polis yang didakwa meminta wang sogokan menerusi sebuah kenderaan di di sekitar Bandar Sultan Suleiman.

Perbuatan itu dikongsikan menerusi akaun twitter seseorang individu yang dikenali sebagai @fahmynazrul yang turut tertera nombor pendaftaran kenderaan VCX 3510.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota terlibat dan telah membuka kertas siasatan.

Beliau dalam masa sama menyeru mana-mana pemilik akaun mahupun individu yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.