Polis Johor dedah senarai kongsi gelap yang aktif pelbagai kegiatan

Polis Johor mendedahkan senarai lebih kongsi gelap yang dikatakan masih bergiat aktif di negeri itu dengan pelbagai kegiatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, negeri itu merupakan antara yang tertinggi dengan penglibatan kongsi gelap.

“Di Johor memang banyak gangster ada geng 36, geng 04 dan geng 21 kalau melibatkan India dan bila melibatkan cina kita ada geng Tong Hong San, Hit Hai, Hut Sang dan Double Seven.

“Kesemua ini gangster yang masih aktif banyak yang terlibat dalam aktiviti dadah termasuk mengedar dan banyak juga kes pergaduhan dan mereka ini aktif sejak tahun 80an lagi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan sedang giat memburu seorang ketua geng kongsi gelap yang dikenali sebagai Tan Kim Boon, 36 tahun.

Suspek difahamkan terlibat dengan kes pembunuhan seorang penarik kereta pada 20 Disember lalu dan polis percaya suspek tersebut masih berada di negeri itu.

Setakat ini, polis telah menahan seramai 12 suspek dan lima daripadanya telah dituduh di Mahkamah Majistret Kulai semalam.

Most Popular