Home Berita Semasa Polis buru tiga suspek, kes penipuan jual kereta mewah

Polis buru tiga suspek, kes penipuan jual kereta mewah

POLIS Sentul sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes penipuan jualan kereta mewah dengan kerugian berjumlah RM60,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan kini sedang giat dijalankan pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul.

Suspek pertama dikenali sebagai Rosli Mahat dengan alamat terakhir di No. 6 Jalan BA 1/1 Laman Oakleaf Bukit Antarabangsa 68000 Ampang, Selangor.

Polis turut mendedahkan seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Choy Chee Leong dengan alamat terakhir di No 48 Jalan Dayang 25/8 Seksyen 8 Bandar Mahkota 43200 Batu 9 Cheras Selangor.

Manakala suspek seterusnya merupakan Chew Kun Guan dengan alamat No 8-1 Jalan Prima 6 Pusat Niaga Metro Prima Kepong 52100 Kuala Lumpur.

Justeru, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kesemua suspek berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta terus berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Asyafi Abdullah ditalian 010-9181927 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version