Home Berita Semasa PM beri jaminan industri sukan negara akan diberi tumpuan

PM beri jaminan industri sukan negara akan diberi tumpuan

Kerajaan tetap komited memberi tumpuan kepada sukan walaupun berdepan kekangan kewangan dan kelembapan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sukan adalah sebahagian budaya negara yang boleh meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan menggalakkan budaya sihat. Aktiviti sukan juga membentuk keperibadian rakyat, menyemarakkan semangat patriotik, dan mencintai negara.

“Walaupun berhadapan kekangan ekonomi, pertimbangan khas akan diberi untuk meningkatkan prestasi sukan tempatan. Kerajaan ingin memberi perhatian khusus dalam membangunkan industri sukan, terutamanya untuk anak muda,” katanya.

Anwar menyatakan hal ini di Facebook ketika hadir di Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada malam Khamis. Beliau juga menyampaikan anugerah dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang, berharap kejayaan mereka akan membakar semangat semua pihak dalam industri sukan negara untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.

Exit mobile version