PM Anwar Luah Rasa Gembira Nadir Al-Nuri Kembali Bersama Keluarga

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa gembira melihat aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri kembali bersama dan dalam keadaan baik.

Anwar Ibrahim dan isterinya sempat bertemu dengan Nadir Al-Nuri bersama keluarganya di Kompleks Seri Perdana pada Rabu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

“Alhamdulillah, gembira melihat isteri dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan yang panjang di Semenanjung Gaza.

“Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia,” jelasnya.

Menerusi pertemuan itu juga, Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan, di mana anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang terus memburuk di sana.

Perdana Menteri berkata beliau turut mendoakan agar Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.

Sebelum ini Nadir mendedahkan Anwar adalah watak utama dalam ‘misi gila’ membawa pulang isteri dan anak-anaknya yang terperangkap di Gaza sejak perang melanda Palestin.