Penagih dadah Tikam anak saudara Sendiri

KEMAMAN, 27 Jan  — Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai ditikam bapa saudaranya di Felda Cerul 2 di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 2, ditikam di bahagian dada ketika mangsa sedang bermain di dalam rumah kira-kira pada pukul 1 tengah hari.

“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya di rumah yang sama dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hanyan, suspek kemudiannya berjaya ditangkap oleh jiran di kawasan berdekatan rumah mereka pada pukul 1.30 tengah hari dan diserahkan kepada polis.

“Suspek sebelum ini pernah mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber –  BERNAMA

Most Popular

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...

Polis terima tujuh laporan setakat ini, kini guru pula mendakwa dirogol pendakwah selebriti

POLIS mengesahkan menerima satu lagi laporan berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti, menjadikan tujuh laporan polis telah diterima setakat ini.

Alhamdulillah… Siti Nurhaliza umum hamil anak kedua

SPEKULASI tentang dirinya yang dikatakan berbadan dan akhirnya terjawab apabila penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini...