Home Berita Semasa Peminjam Tak Bayar Hutang, Ahlong Simbah Cat Rumah Jiran dan Ugut Bakar...

Peminjam Tak Bayar Hutang, Ahlong Simbah Cat Rumah Jiran dan Ugut Bakar Kediaman

Meminjam wang dari ahlong mungkin merupakan satu jalan mudah yang boleh difikirkan seseorang apabila berada dalam keadaan terdesak.

Bagaimanapun, ada risiko yang terpaksa dihadapi apabila gagal atau lewat membayar pinjaman seperti yang dijanjikan.

Beberapa gambar tular di media sosial di mana ahlong bertindak menyimbah cat merah bukan sahaja pada rumah peminjam, malah jiran-jiran turut terkena tempiasnya. Cat merah disimbah pada kereta dan rumah mereka.

“Menakutkan MO Along sekarang ni, jiran tak bayar hutang, sampai jiran-jiran sebelah kena simbah cat, ugut nak bakar rumah

“Sesiapa terfikir nak pinjam ahlong, bukan sahaja kena beringat keselamatan keluarga tapi juga jiran-jiran sebelah. You can never be certain about the level of violence you might encounter when dealing with ahlong ni,” tulis sebuah ciapan di X.

Bukan itu sahaja, ahlong juga meninggalkan nota peringatan buat jiran-jiran untuk mengingatkan peminjam agar membayar hutan. Sekiranya gagal, mereka tidak teragak-agak untuk membakar kediaman mereka.

 

Exit mobile version