Pelajar sebar gambar bogel gadis bawah umur, polis masih nantikan laporan

Business photo created by katemangostar - www.freepik.com

POLIS masih lagi menantikan laporan berhubung dakwaan dua pelajar sekolah antarabangsa yang dikatakan menyebarkan gambar bogel gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakat ini masih belum ada pihak yang tampil membuat laporan.

“Setakat ini, kami belum terima apa-apa laporan berkaitan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan portal tempatan, sekolah terlibat kini sedang menjalankan siasatan di peringkat dalaman mengenai dua pelajarnya yang dikatakan terlibat dengan penyebaran dan penjualan tersebut.

Kes tersebut turut didakwa beberapa pengguna media sosial menyatakan salah seorang daripada suspek terlibat membuat pengakuan berhubung perkara itu menerusi video berdurasi 54 saat.