Parah ditetak dua lelaki naik Alphard putih

SEORANG lelaki mengalami cedera parah selepas ditetak sebuah restoran di Benut, Pontian, petang Isnin.

Mangsa dipercayai ditetak menggunakan parang, lapor Astro AWANI.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.12 petang semalam.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan siasatan bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa yang cedera parah akibat kesan tetakan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Menurut saksi kejadian, terdapat dua individu disyaki melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran JTS 6816, setelah semakan dibuat, ia didapati palsu.

“Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran terbabit ada merekodkan kejadian dan akan dijadikan sebagai bukti kukuh,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Inspektor Muhammad Syamil A Fadzil menerusi talian 013-714 5506 bagi membantu polis mengesan dua suspek terbabit,” katanya.

Sumber: Astro AWANI