Home Berita Semasa Netizen Puji Masih Ada Perokok Berdisiplin Merokok 3 Meter Dari Kedai

Netizen Puji Masih Ada Perokok Berdisiplin Merokok 3 Meter Dari Kedai

Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga perokok, menerima pujian orang ramai berikutan mematuhi arahan larangan merokok di sebuah restoran di Shah Alam.

Menerusi gambar yang dikongsikan Yani Ahmad di kumpulan Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang), lelaki tersebut yang juga pengunjung, dilihat merokok di seberang jalan restoran, berbanding di dalam restoran.

“Baguslah abang ni. Masih berdisiplin tiga meter dari kedai,” kata Yani pada kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih pujian ramai dan menyifatkan sikap tersebut jarang dimiliki kebanyakan perokok tegar.

“Susah nak jumpa perokok yang bijak. Tahniah bang,” puji Mohd Fitry.

“Tahniah kepada siapa yang mengahwini lelaki bijak ni. Untung anak-anak dapat ayah berdisiplin dan pandai macam ni. Semoga semua perokok mencontohi beliau,” komen Said Abu Akasha.

“Bagus, saya terkena orang tua berasap dalam kedai. Kita dah la ada bayi nak marah nanti kata kurang ajar,” kongsi Romy Fiza Bella. 

Sumber: Kosmo

Exit mobile version