Netizen bergenang air mata, aksi warga emas bertempiaran lari angkat anak saudara jentik emosi

the news Malaysia

SEJAK petang semalam, tular beberapa gambar akan seorang lelaki cuba mengangkat dan memeluk seorang individu yang pengsan ketika dalam satu perbarisan.
 
Memetik laporan laporan Sinar Harian, lelaki tersebut merupakan bapa saudara kepada seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketika kejadian, anak saudaranya sedang berbaris bersempena Hari Penguat Kuasa dan telah rebah sewaktu perbarisan akibat masalah kesihatan yang dialami.

Nik Mohmad Adhar Nik Ismadi memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob itu  sudah dianggap seperti seorang bapa sendiri.
 
Adhar merupakan anak yatim piatu selepas dia kehilangan ibu ketika dia berusia 3 bulan dan ayahnya meninggal ketika dia berusia tujuh tahun.

Sejak itu, bapa dan emak saudara lah yang menjaganya.
 
“Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri” Kata Adhar kepada Sinar Harian.

Adhar juga menjelaskan bahawa dia sebenarnya kurang sihat kerana sudah demam semenjak tiga hari lalu.

Dia juga menceritakan bahawa ketika bapa saudaranya datang membantu, dia sudah jatuh dan rebah buat kali kedua.
 
Rakaman kejadian turut mendapat perhatian pengguna media sosial.