Nasib tak jatuh, pekerja panik kren gondola melayang dipukul ribut

BEBERAPA orang pekerja berdepan situasi mencemaskan apabila kren gondola dinaiki mereka dipukul angin ribut.

Situasi mendebarkan itu berlaku di bangunan TS Law Tower di ibu kota pada petang tadi.

Menerusi video tular, kren gondola itu kelihatan melayang dipukul ribut selain ia turun menghentam bangunan berkenaan.

Menurut Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Junain Bahau, sebaik menerima laporan, pihaknya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa, mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian itu menyaksikan kren gondola itu yang beberapa kali melayang sebelum menjejaskan bangunan tersebut.

Namun ia ibarat peluang kedua buat kesemua mangsa tersebut apabila sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja kren gondola itu berpaut pada bangunan sebelum kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri.