Home Berita Semasa Murid Malu Keluarkan Makanan, Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

Murid Malu Keluarkan Makanan, Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

Tindakan seorang guru yang menghargai makanan dibawa salah seorang muridnya meraih pujian netizen di media sosial.

Menerusi sebuah hantaran video di Tiktok azfaizalaziz yang dipercayai merupakan seorang guru, muridnya itu malu untuk mengeluarkan makanan yang dimasak oleh ibunya ketika jamuan kelas.

“Penat mak dia buat tapi tak bagi cikgu rasa. Jom kita rasa

“Sedap apa. Dah la sejuk, sedap pula tu,” sambil makan agar-agar tersebut.

Guru lelaki itu juga menjamu anak-anak murid yang berada di kelas itu untuk turut mencuba makanan tersebut. Tindakannya itu mendapat pujian netizen yang antaranya memahami perasaan seorang ibu dan juga seorang anak murid.

“Cikgu, terima kasih cikgu. Walaupun saya bukan mak budak yang buat kuih tu tapi saya hargai sangat dengan cara cikgu

“Ingat lagi dulu mak buatkan agar-agar pelangi je untuk jamuan, sorang pun tak sentuh. Tapi ada ustazzah saya ni dia ambil dan makan sampai habis ajak cikgu-cikgu lain makan

“Jamuan kelas anak saya, saya bekalkan kek pisang. Anak kata tak ada siapa nak makan kek pisang dia sebab makanan orang lain semua sedap-sedap. Dia bawak balik bekas penuh. Hmm kesian anak,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

 

@azfaizalazizTerasa betul dlm lubuk hati, murid susah ke, murid senang ke, kaya dan miskin tu hanya atas dunia je .Cikgu layan sama rata je dik..😭😭😭😭

♬ original sound – Cikgu Faizal

Exit mobile version