Home Berita Semasa Menyelerakan! Ramai Teruja Tengok Menu Kantin Sekolah di Kedah Ni

Menyelerakan! Ramai Teruja Tengok Menu Kantin Sekolah di Kedah Ni

 

Bagi kebanyakan kantin sekolah di negara ini menyediakan menu yang seakan sama.

Tular di X, apabila satu ciapan menunjukkan menu yang terdapat di kantin sebuah sekolah yang dipercayai berada di Kedah. Apa yang menarik perhatian warga maya apabila menu yang dipaparkan bukanlah menu kebiasaan yang ada di kantin sekolah.

Menu yang disajikan di Sireh Kafe, SMK Tunku Sulong, Jeniang, Kedah begitu menyelerakan dan berbagai pilihan.

 

Reaksi pengguna X rata-rata membandingkan menu di sekolah mereka dahulu dengan sekarang.

“Kantin aku dulu , keropok lekor boleh buat main dart. Punya lah keras

“Best tengok budak-budak makan makanan sihat

“Zaman dulu air sirap je. Nak sedap sikit nasi ayam masak merah,” antara rekasi netizen.

Ramai juga yang mempersoalkan harga makanan di sekolah itu yang kelihatan ‘mewah’. Jelas pengguna di Facebook makanan yang dijual kebanyakannya berharga RM 3 dan RM 4.

 

Exit mobile version