Satu mayat yang sudah reput telah ditemui terdampar di Pantai Kuda Pulau Dolah, Kota Bharu semalam.
Mayat tersebut telah ditemui terdampar oleh orang ramai kira-kira jam 9 malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata pihaknya menerima laporan daripada polis, memohon bantuan bomba untuk mengambil mayat berkenaan.
“Lima pegawai dan anggota bomba telah ke lokasi dan mendapati benar ada mayat seorang lelaki terdampar. Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ia dipercayai mayat seorang peniaga kosmetik yang terjun dari atas Jambatan Tendong, Pasir Mas, dua minggu lepas, namun pihak media masih menunggu pengesahan daripada polis mengenainya.
15 Januari lalu, Norhisyam Ismail, 42, dilaporkan hilang selepas dikatakan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Pasir Mas.