Masjid arah henti sebar video Imam diserang lelaki kurang siuman

PIHAK Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menggesa orang ramai berhenti menyebarkan video yang memaparkan seorang imam jemputan diserang lelaki kurang siuman di sosial media. 

Penularan video tersebut perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak, jelas Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah kepada Sinar Harian. 

“Setelah pengumuman ini, pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad lalu. 

Sebelum ini, viral satu video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki kurang siuman menolak jemaah sebelum memukul imam di masjid tersebut dengan selipar. 

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu. 

Tambahnya, mujur insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid.

Sumber gambar – Astro Awani | Sumber laporan – Sinar Harian