Mangsa Banjir Di Beaufort Semakin Meningkat

Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, Beaufort meningkat lingkungan lapan pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, seramai 449 mangsa daripada 160 keluarga telah dipindahkan ke PPS berbanding 443 mangsa daripada 157 keluarga malam tadi.

Kemudian, terdapat lebih 20 kawasan kampung di Beaufort dan Membakut dinaiki banjir akibat cuaca hujan yang tidak menentu sejak Selasa lalu.

Antaranya ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring dan Kampung Baitam Laut.

Menurut laporan Bernama, Setakat jam 7 pagi ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan 7.01 meter iaitu pada paras normal, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan pada paras amaran iaitu 6.34 meter.

Bagaimanapun , berita menggembirakan bahawa keadaan banjir di Kota Tinggi sudah pulih sepenuhnya dan ada mangsa yang dibenarkan pulang ke rumah mereka.