“Maksimum 2 jam sahaja…” – Had masa pelanggan membeli belah akan dipantau

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kini, tempoh maksimum untuk pelanggan berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah hanya dua jam sahaja

Menurut laporan Harian Metro, ia dilaksanakan berikutan keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperketatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, “Semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib menghadkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi”.

“Tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam,” jelasnya lagi.

Di samping itu, semua sektor waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk restoran dihadkan antara jam 8 pagi sehingga 8 malam, kecuali farmasi dan penjagaan diri yang dikekalkan antara jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekatan tambahan dalam pelaksanaan PKP 3.0 namun perlu mengekalkan kelangsungan ekonomi dimana semua sektor diberkan beroperasi.