Lim Kok Wing meninggal pada usia 75 tahun

Foto: Harian Metro

PENGASAS dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia pada usia 75 tahun pagi tadi.

Berita ini disahkan oleh seorang pembantu mendiang.

Minggu lalu, Lim dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas jatuh di rumahnya.

Lim menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama pada 1991 dan institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti pada tahun 2002, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).