Lelaki cedera dihempap antena besi

SEORANG pekerja penyelenggaraan mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas dihempap antena besi sewaktu berada di atas sebuah bangunan.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, kejadian berlaku di Taman Mawar Ampang pada 6 September lalu.

Norazam dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.21 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas itu.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

Punca kejadian masih lagi disiasat.