Lebih 500 tahanan etnik Rohingya lolos depoh imigresen, 6 maut nahas lebuh raya, 206 masih diburu

SERAMAI 528 tahanan depoh imigresen sementara di Relau, Sungai Bakap, dekat sini, meloloskan diri pagi tadi, lapor Astro AWANI.

Kesemua tahanan yang dipercayai warga Rohingya itu meloloskan diri awal pagi tadi selepas berlaku rusuhan.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, seramai 229 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula dan pihaknya sedang memburu baki 205 tahanan yang masih bebas.

Keadaan deport selepas rusuhan.

“Kita telah berjaya menahan seramai 229 tahanan imigresen yang telah melepaskan diri pada jam 4.30 pagi tadi di Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru, Kedah.

“Dimaklumkan kepada pihak kami, seramai 528 tahanan melepaskan diri daripada jumlah 663, orang kampung tahan 88 dan serahkan kembali kepada pihak Imigresen.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia

“Kita masih mencari baki 205 tahanan yang memerlukan tenaga sepenuhnya daripada pihak kami, serta bantuan orang ramai amat diperlukan.

“Alhamdulillah ada sekumpulan anak muda telah menjejaki kumpulan ini dan berjaya tangkap di tepi jalan ini dan menghubungi pihak polis,” kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Keadaan depot selepas rusuhan.

Mohd Shuhaily turut memaklumkan enam daripada tahanan yang lolos itu maut dalam nahas ketika cuba melintas lebuh raya.

“Dalam usaha melepaskan diri pagi tadi pada jam 6.50 pagi, di KM165, seramai enam tahanan telah terlibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan, dan satu kanak-kanak lelaki.

“Apabila berlaku kemalangan, mereka dah tak berani untuk melintas lebuh raya dan mengambil keputusan menelusuri laluan sebelum ditahan,” katanya lagi.

Sumber: Astro AWANI