Johor Bharu: Seorang lelaki berusia 21 tahun telah membuat laporan polis selepas ditampar oleh seorang warga emas di sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3.45 petang semalam.
Mangsa mendakwa dia ditampar dua kali di pipi kanan oleh lelaki tersebut selepas enggan menyerahkan kad pengenalannya (MyKad) apabila diminta. Warga emas itu juga dikatakan bertanya tentang agama mangsa dan memarahinya kerana makan pada waktu Ramadan, walaupun mangsa menjelaskan dia bukan Islam.
Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan dengan sengaja). Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh termasuk penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 jika ada maklumat berkaitan. Video kejadian ini telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna.