KRI Nanggala 402: Semua 53 anak kapal disahkan maut, video kru menyanyi buat ramai sebak

SELEPAS empat hari dilaporkan hilang di perairan utara Bali, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan bahawa kesemua 53 anak kapal dalam kapal selam KRI Nanggala 402 meninggal dunia.

Perkara itu disahkan Tjahjanto dalam satu sidang media pada 25 April, selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

Insiden tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan berita duka buat seluruh rakyat Indonesia.

Dalam pada itu, rasa pilu lebih jelas dirasai apabila tular pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ beramai-ramai.

Sumber: Awani