Kim Kardashian akan tuntut cerai daripada kanye West?

SELEBRITI terkenal Kim kardashian dilaporkan sedang dalam perancangan untuk bercerai dengan suaminya yang juga penyanyi rap terkenal, Kanye West.

Menerusi laporan pagesix, satu sumber yang juga individu terdekat dengan pasangan itu mengesahkan keretakan rumah tangga pasangan yang terkenal dengan program bersiri realiti Keeping Up With The Kardashians itu.

“Kim sudah bersiap sedia dengan segala perancangan perceraian.

“Tetapi dia masih menunggu Kanye untuk menghadapi episod baharu dalam kecelaruan yang dialaminya,” kata sumber kepada pagesix.

Sejak beberapa bulan lalu, Kanye, 43, bersifat terlalu lantang dalam menceritakan kisah ‘dalam kain’ bersama Kim termasuklah perancangan mereka untuk menggugurkan kandungan anak sulung mereka satu ketika dahulu.

Kanye dikatakan sedang bergelut dengan masalah bipolar yang dikatakan semakin buruk.

Minggu lalu, penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Stronger ini mencetuskan kegusaran apabila secara terbuka mengkritik label muziknya yang dikatakan enggan memberikan hak empunya lagu-lagu miliknya.

Lebih mengejutkan, kanye juga memuat naik satu video di mana dia membuang trofi anugerah Grammy yang dimenanginya ke dalam mangkuk tandas sebelum kencing di atasnya.