Kerana cinta daku turutkan, pemuda beli sebidang tanah di bulan

MISAI pendek tidak bercahaya, ibarat kuda hampir mati. Kalau adinda tidak percaya, operate lah dada x-ray lah hati.”

Percaya atau tidak, seorang lelaki di Pakistan dilaporkan membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan.

Agensi berita Dialogue melaporkan, lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun, membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).

Geran tanah di bulan milik Sohaib.

Menurut laporan Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di bulan, namun pembelian ini benar-benar terjadi dalam kalangan penduduk sedunia sekarang.

Seseorang itu boleh membeli tanah di bulan melalui LSI. Setiap pembelian tersebut akan mendapat dokumen yang dikeluarkan oleh ‘Sea of Vapours’, sebagai perjanjian agar tanah yang dibeli itu akan kekal dan dapat didiami.

Imej menunjukkan tanah seluas satu ekar yang dibeli Sohaib.

Selain daripada Sohaib Ahmed, terdapat individu lain yang sudah membeli tanah di bulan iaitu seorang pelakon Bollywood yang dikenali sebagai Sushant Singh.

Figura terkemuka Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan juga dilaporkan memiliki sebidang tanah di bulan yang dihadiahkan oleh peminat. – Agensi

Sumber: Siakapkeli