Keadaan Tun Mahathir di IJN stabil

STATUS kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilaporkan stabil yang ketika ini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkembangan tersebut dikongsikan anaknya, Datin Paduka Marina Tun Mahathir menerusi kenyataan ringkas hari ini.

“Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari, 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut,” jelasnya.

Justeru, seluruh keluarga jelasnya memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Tun Dr Mahathir.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar Rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Tun Dr Mahathir dikatakan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), IJN.