Home Berita Semasa Nenek temui cucu 11 tahun maut dalam bilik

Nenek temui cucu 11 tahun maut dalam bilik

SEORANG nenek terkejut apabila menemui cucu perempuannya yang tidak sedarkan diri di bilik tidur di rumah mereka, Taiping pada 29 Jun.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kanak-kanak perempuan 11 tahun itu ditemui meninggal dunia pada katil dua tingkat, pada jam 7.52 malam.

Difahamkan, neneknya, 63, segera meminta bantuan jiran sebaik sahaja melihat kejadian itu dan menghubungi talian kecemasan serta membawa mangsa ke Hospital Taiping yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

“Bedah siasat dilakukan dan punca kematian disebabkan leher mangsa patah. Ujian saringan Covid-19 ke atas mangsa mendapati negatif wabak,” katanya dalam satu kenyataan pada 30 Jun.

Osman berkata, mangsa menetap dengan neneknya selepas kedua ibu bapa mangsa bercerai.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan marah apabila neneknya berleter menyuruhnya mandi.

Menurutnya lagi, wanita itu juga memberitahu cucunya seorang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu.

Sehubungan itu, siasatan lanjut akan dilakukan.

Sumber: Harian Metro