Home Berita Semasa Kambing betina mati, disetubuhi lelaki 60 tahun

Kambing betina mati, disetubuhi lelaki 60 tahun

Flower photo created by wirestock - www.freepik.com

BUNYI kambing yang meragukan membongkar perbuatan terkutuk seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii terhadap haiwan betina itu di Hulu Selangor, semalam.

Lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel sewaktu disedari pemilik haiwan berkenaan sebelum melarikan diri selain menyedari kambing tersebut telah mati.

Pemilik haiwan berkenaan yang berusia 45 tahun memaklumkan kepada polis bahawa kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari sewaktu terdengar bunyi berkenaan di belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, polis bagaimanapun telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek berkenaan.

“Tangkapan dibuat di kawasan semak Kampung Sungai Buaya Serendah.

“Suspek yang berusia 60 tahun itu turut mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan.

Menurutnya lagi, bagi kesalahan tersebut, tindakan penjara sehingga 20 tahun, denda, atau sebatan boleh dikenakan jika sabit kesalahan. 

Exit mobile version