“Ini masih belum total lockdown…” – Tun Mahathir

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menilai bahawa negara masih belum melakukan “total lockdown” kerana masih ada segelintir pihak yang masih bekerja dan banyak kereta di jalan raya.

Kata beliau melalui sebuah video yang dimuat naik pada 2 Jun di Youtube, “Saya ucap tahniah pada kerajaan kerana mengadakan total lockdown. Nampaknya tak total, ramai orang yang boleh keluar pergi kerja dan di jalan raya masih banyak kereta lalu lalang. Bermakna ada pengecualian pada beberapa pihak dan tak jadi total lah”.

“…Saya sendiri terima total lockdown, saya tak pergi kerja, saya duduk rumah sampai jemu. Tapi apa boleh buat, kita perlu patuh SOP total lockdown. Kerajaan umum total lockdown, janganlah kata total… kata parcial, buat betul-betul. Kalau total lockdown, buat macam dua minggu terawal kita kena covid 19, yang mana tiada satu pun kenderaan di jalan raya”, ujar Tun Mahathir.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar penyuntikan vaksin kepada orang ramai dilakukan dalam kadar segera tanpa perlu membuatkan ramai pihak menunggu sehingga perlu pergi sendiri ke tempat vaksinasi.