Hadir berbaju sedondon, Netizen usik PU Riz bakal jadi keluarga Neelofa

“PU (Pencetus Ummah) Riz family to be?”

Itu antara usikan beberapa netizen yang tertarik dengan kehadiran pendakwah selebriti itu di majlis pernikahan adik usahawan selebriti Neelofa iaitu Mohd Aqief pada malam Ahad.

PU Riz juga kelihatan mengenakan baju Melayu berwarna biru muda yang sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki.

Dia juga difahamkan menjadi salah seorang saksi untuk pernikahan adik bekas pengacara program Meletop itu.

Lebih menarik perhatian, kakak neelofa iaitu Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya dan meletakkan emoji hati ketika Neelofa dan PU Riz sedang berbual.

Menerusi laporan mstar sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, menjelaskan dia mengenali Rizz sejak tiga tahun lalu dan acap kali bekerjasama dalam program dakwah.

Dalam pada itu, PU Rizz turut menepis dakwaan gosip tentang hubungan mesra mereka dan memberitahu hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja.

Netizen turut mengusik kehadiran PU Riz yang disifatkan bakal menyertai keluarga besar Neelofa.

Sumber: mstar