Geng judi cuba rasuah polis RM30,000

SERAMAI lapan individu termasuk lima warga China ditahan di sebuah apartment di Jalan Changkat Perak, Kuala Lumpur selepas terlibat kes perjudian online semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah didatangi empat individu berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun menawarkan rasuah RM30,000 bagi membebaskan kesemua tangkapan.

“Mereka memperkenalkan diri sebagai rakan kepada suspek yang cuba membebaskan kesemua tangkapan.

“Polis menolak tawaran tersebut bagaimanapun suspek terus menawarkan rasuah tersebut sebagai usaha membebaskan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wang yang cuba disogok kepada polis

Polis turut menahan keempat-empat suspek berkenaan selepas mendapati pihak berkenaan mengganggu tugasan polis serta cubaan rasuah.

Selain itu, empat lagi individu berjaya ditahan di unit berlainan pada hari dan lokasi yang sama.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959.