Gambar Suspek Bunuh Remaja Di Seremban

Seremban : Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan komplesk Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu, semalam.

Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan, kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kedua-dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki meyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motorsikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua-dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

” Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motorsikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motorsikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.”

” Akhirnya mangsa terjatuh daripada motorsikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh.” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.