Gagal bercinta dengan gadis tempatan, Danial Zaini dedah ‘diintai’ penyanyi dangdut Indonesia

PENYANYI Danial Zaini yang sebelum ini mendapat perhatian ramai dek kerana kisah percintaannya yang tidak kesampaian seakan-akan memberi bayangan dia kini mula ‘diintai’ seorang penyanyi daripada seberang.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, dilihat disapa seorang penyanyi dangdut yang kian membina nama di Indonesia iaitu Dara Ayu.

“Hai abang Danial, saya suka sangat lagu terbaru anda Ku Tak Rela anda.

“Liriknya sangat terkesan di hati, malah saya makin terasa sayu apabila pernah melalui situasi sama,” tulis Dara di Instagram Danial.

Dara Ayu kongsi perbualannya bersama danial.

Komen tersebut dibalas mesra Danial yang pernah muncul dengan Siti Bilang Cuti dua tahun lalu.

Danial yang juga pelawak dan penyampai radio Era turut membalas mesra komen penyanyi yang terkenal dengan lagu Satu Hati Sampai Mati itu.

“Alhamdulillah dan terima kasih kerana gemar akan lagu Ku tak Rela.

“Saya tak sangka lagu ini diterima baik di Indonesia,” balas Danial.

Dara turut terkenal dengan genre muzik pop ska dan reggae.

Lebih menguatkan spekulasi, Dara menerusi laman Instagramnya turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka yang ‘meleret’ hingga ke Direct message di Instagram.

“Saya teringin untuk bertanya pada Danial, adakah benar jalan cerita Ku Tak Rela sebenarnya terinspirasi daripada kejadian sebenar?

“Apa pun saya sentiasa mendoakan kejayaan Danial dalam industri nyanyian,” tulis Dara.

Malah Danial dilihat tidak kekok berbual bersama Dara malah menceritakan kisah sebenar disebalik lagu Ku Tak Rela yang mula mendapat tempat di hati pendengar Indonesia itu.

Daniel enggan ulas lanjut perbualan mesranya bersama Dara.

“Lebih kurang begitulah cerita disebalik lagu ini, namun itu semua kisah lama.

“Saya kini lebih selesa memberi fokus kepada pekerjaan dalam dunia hiburan.

Dia yang dihubungi The News Malaysia bagaimanapun menafikan wujud kisah cinta antara mereka.

“Masih terlalu awal untuk saya kata apa-apa, kami baru sahaja berkenalan.

“Doakan yang baik-baik, saya juga ingin bahagia seperti insan biasa,” kata Danial kepada The News Malaysia.