Petaling Jaya: Selebriti terkenal Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilaporkan memfailkan permohonan cerai pagi ini di Mahkamah Syariah Petaling.
Menurut sumber, Fazura memfailkan perceraian daripada suami Abdul Fattah bin Mohd Amin, 33, melalui peguam pagi ini.
Sebelum ini, spekulasi rumah tangga Fazura – Fattah bergolak timbul apabila netizen mendakwa rumah tangga mereka berada dalam keadaan kurang baik menerusi hantaran gambar atau video menerusi laman media sosial mereka.
Berita lanjut menyusul.