SEBUT sahaja nama Ebit Lew, pasti ramai terbayang insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang berkemampuan.
Jauh atau dekat, siang atau malam, dia akan sentiasa turun padang membantu menghulur bantuan.
Dan terbaharu, Ebit Lew menjelaskan bakal terbang ke Sabah bagi menjayakan misi bantuan buat Negeri Di Bawah Bayu itu.
Kali ini, Ebit Lew tampil melakukan misi bantuan ke Sabah dengan membawa 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu penutup mulut dan hidung serta 200 biji Samsung Tab bagi kegunaan para pelajar dan mereka yang benar-benar memerlukan.
“Doakan ya, misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu mask, 200 Tab bagi kegunaan pelajar disana yang benar-benar memerlukan.
“Terima kasih, terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet,” tulis Ebit di Facebook
Malah, Ebit juga tidak dikenakan sebarang bayaran bagi kos kargo.
Dia dan pasukannya juga mendapat tawaran harga istimewa daripada MAS Airlines untuk tiket penerbangan pergi dan balik.
“Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua.
“Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” jelasnya.