Dua “Sumpah” di AJL 34 paling mencuri tumpuan

    Tahniah diucapkan kepada Naim Danial dan Omar K atas kejayaan Sumpah diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34). Ternyata apa yang dipersembahkan Naim selaku penyanyi lagu itu juga tidak dinafikan menjadi antara lagu yang cukup magis di pentas AJL kali ini.

    Berkongsi rasa bersyukur Naim memberitahu dia tidak melihat langsung peluang yang dimililinya untuk membawa lagu ini sebagai juara AJL.

    Malah jelasnya sebagai pendatang baharu menempatkan diri sebagai peserta AJL juga sebenarnya bukan sesuatu yang mudah buat dirinya.

    “Sebagai pendatang baharu saya sangat bersyukur dengan kemenangan yang dicapai ini. Bagi saya kemenangan ini membukan lembarab baharu buat kerjaya seni saya pada masa akan datang,” katanya.

    Sementara itu ditanya mengenai perasaannya ketika diumum sebagai pemenang kata Naim dia hanya mampu menangis.

    “Dapat beraksi di pentas AJL sudah membuatkan saya menangis dan kali kedua menangis apabila diumumkan Sumpah sebagai juara,” katanya.

    Sementara itu jika Sumpah Naim menjadi ternyata lagu Sumpah milik Aina Abdul mempunyai kisah yang berbeza. Tidak dinafikan Sama seperti Naim, Aina juga tidak ketinggalan menjadi sebutan untuk mempunyai kekuatan dari segi vokal dan kemampuan berkarya diusia muda.

    Malah kemampuan untuk meletakkan Sumpah sebagai finalis AJL membuktikkan nama gadis. Bagaimanapun persembahannya di pentas AJL ternyata memberi impak yang berbeza apabila dikatakan mempromosikan elemen bunuh diri.

    Malah melalui Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menjelaskan persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.

    Menolak sekeras-kerasnya dia melakukan aksi bunuh diri di atas pentas, kata Aina apa yang cuba disampaikan adalah simbolik kepada rasa kecewa seorang wanita. Malah katanya di laman Instagram dia masih terlalu waras untuk mengetahui bunuh diri adalah haram dalam agama Islam.

    “Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya perasaan seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatanya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

    “Hati berdarah melambangkan kesakitan yang ditanggung oleh wanita itu selepas melukakan insan yang disayanginya,”tulis Aina.