Dr Zulkifli pulih daripada COVID-19

MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri telah dibenarkan keluar daripada wad hari ini selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Beliau bagaimanapun disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana pihak buat masa ini.

“Pihak KKM telah arahkan saya untuk rehat di rumah sehingga tamat tempoh PKPB.

“Sebarang pertemuan buat masa ini adalah menerusi sidang video dan saya akan memantau segala urusan kerja dari rumah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan buku Inilah Doaku buat petugas Hospital Tuanku Ja’far

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan beliau termasuk pihak kerajaan.

Mengulas mengenai tugasannya dalam masa terdekat, beliau akan memberi fokus terhadap bantuan bersasar melibatkan mereka yang terkesan akibat PKPB.

Perkongsian Dr Zulkifli di Facebook miliknya.



Dalam kenyataan sama, pihaknya turut mendoakan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 agar bebas dari jangkitan tersebut.

Pada 5 Oktober lalu, beliau disahkan positif COVID-19 oleh pihak KKM meskipun tidak mempunyai sebarang gejala