“Doa saya sentiasa bersama rakyat Filipina” – Wan Azizah

Twitter-Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluahkan rasa sedihnya di laman Twitter beliau kepada rakyat Filipina yang ditimpa Taufan Phanfone sehingga majoriti kawasan tempat tinggal musnah.

“Di dalam lubuk hati saya sangat terasa kesedihannya terhadap rakyat Filipina yang menimpa Taufan Phanfone hingga menyebabkan hilang nyawa, kecederaan dan tempat tinggal mereka yang musnah.

“Doa saya sentiasa bersama mereka. Kami rakyat Malaysia sentiasa bersama rakyat Filipina sepanjang mereka menghadapi situasi yang sukar,” tulisnya di laman Twitter.

Menurut laporan Bernama, seramai 28 orang terbunuh akibat bencana tersebut..

Lantas ciapan beliau meraih 18 ulang ciap dan 83 tanda suka