Dikecam teruk netizen gara-gara tagline ‘Lain Janda Lain Rasa’, owner nasi lemak tampil beri penjelasan

PEMILIK gerai Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa tampil memberikan penjelasan selepas gerainya yang terletak berhampiran Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras di ibu negara menjadi viral serta teruk dikecam netizen.

Tuan empunya gerai, Fara Ain melalui Facebook miliknya berkata, dia menerima semua komen netizen secara terbuka biarpun komen itu bersifat negatif.

Tulis Fara Ain, tidak menjadi masalah kepadanya apa yang difikirkan oleh netizen kerana itu terpulang kepada pemikiran masing-masing. Malah dia memaafkan mana-mana individu yang berprasangka buruk terhadapnya.

FARA AIN di depan gerainya, Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa yang berlokasi berhampiran Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras di Kuala Lumpur.

“Kalau nak bagi komen yang buruk-buruk, saya okey saja. Kalau hati itu hitam, kotor, semuanya itu selalunya berfikiran pun kotor je jadinya.

“Cuba niat itu baik dan prasangka baik, jadinya baiklah kan. Ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Terima kasih di atas nasihat semua. Semoga murah rezeki buat kalian semua,” tulis Fara Ain.

Mulai viral sejak awal minggu ini, tagline berani Fara Ain bagi mempromosikan gerai nasi lemak yang diusahakannya jelas mencetuskan kecaman netizen.

Pada masa sama, pemilik sebenar Nasi Lemak Janda – Lain Nasi Lemak Lain Rasanya yang berlokasi di Melaka juga menafikan gerai yang diusahakan Fara Ain merupakan cawangan baharu warung berkenaan, selain mendakwa ia telah diciplak daripada banner asal mereka.

ORANG ramai beratur panjang di gerai yang diusahakan Fara Ain.

Dalam pada itu, selain memuat naik gambar maksud sebenar tagline berkenaan iaitu ‘Lain Janda Lain Rasa Nasi Lemak lah Sayang Oi…’ yang disalah erti oleh netizen, Fara Ain turut memetik hadis yang menyatakan betapa besarnya kedudukan orang yang membantu para janda.

“TQ di atas viral-viral ini semua. Semoga Tuhan memaafkan orang yang berprasangka buruk itu. Saya maafkan, terima kasih,” tulisnya lagi.

Sumber: Facebook

Most Popular

Belum ‘setel’ disiasat kes rogol kenalan, pendakwah selebriti didakwa paksa seorang lagi wanita buat seks oral

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...