Kuala Lumpur : Karya-karya Dato’ M. Nasir sentiasa digemari ramai dan kekal relevan dalam pelbagai genre – balada, pop, rock, komersial, patriotisme dan raya. Selepas kejayaan Konsert CIPTA 1 & 2, beliau kembali dengan konsert baharu pada tahun 2025.
Dato’ M. Nasir (nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67 tahun) akan mengadakan konsert khas bertema Hari Raya bertajuk “Cipta Raya” pada 13 April 2025 di Zepp KL, anjuran Icon Entertainment.
Ilham ini tercetus daripada kejayaan konsert yang lepas iaitu cipta 2 ketika menyayikan lagu “satu hari dihari raya” pada penghujung konsert lalu. Konsert bertema kan Hari Raya Jarang diadakan maka tercetus “CIPTA RAYA” untuk konsert kali ini kata penganjur ICON Entertainment Iman Tang di acara sidang media semalam.
Dalam konsert Cipta Raya, M. Nasir akan mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan lagu raya – sama ada ciptaan beliau sendiri atau lagu raya penyanyi lain yang menjadi kegemarannya.
Istimewanya, pembeli tiket bukan sahaja dapat menonton konsert tetapi juga akan dijamu dengan juadah raya sebelum konsert bermula – seperti Rumah Terbuka khas untuk peminat M. Nasir. Janji penganjur Icon entertainment kali ini semua akan dapat sampul raya.
“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” kata M. nasir sendiri.
KONSERT DATO’ M. N46IR ‘CIPTA RAYA’
13 APRIL 2025 (AHAD) 8:30 MALAM ZEPP KUALA LUMPUR
Tiket Cipta Raya boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my mulai 5 Feb 2025
Tiket kategori seperti berikut: