Cincin tersekat di kemaluan, bomba terpaksa dikejarkan bantu mangsa kesakitan

MALU bercampur cemas! Mungkin itu perasaan yang dialami seorang lelaki di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur yang gagal mengeluarkan cincin yang disarungkan pada alat sulitnya.

Memetik laporan Kosmo, Pasukan Penyelamat Agensi Pengurusan Bencana Serantau (BPBD) Sidoarjo menjelaskan mereka menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu dan lelaki itu didapati  sedang mengerang kesakitan kerana sebentuk cincin tersekat pada kemaluannya.

Menurut Ketua Balai Bomba BPBD Sidoarjo yang dikenali sebagai Nawari, cincin yang tersekat itu akhirnya berjaya dikeluarkan selepas beberapa kali percubaan.

“Ya, benar kami ada menerima laporan tersebut dan mangsa telah diselamatkan.

“Cincin itu cuba dipakai pada alat sulit mangsa ketika dia sedang mandi,” katanya.

Untuk rekod, kes serupa turut berlaku di Blitar, juga dalam wilayah Jawa Timur pada Mac lalu.

Kejadian berlaku apabila seorang pemuda pergi ke balai bomba setempat untuk meminta bantuan mengeluarkan sejenis logam pada alat sulitnya. 

Sumber: Kosmo