Home Berita Semasa Budak Perempuan Lapan Tahun Cedera Dibuli Rakan Sebaya

Budak Perempuan Lapan Tahun Cedera Dibuli Rakan Sebaya

Pihak polis telah mengenal pasti beberapa kanak-kanak berusia di antara enam hingga lapan tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli dan pukul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun hingga cedera di sebuah kawasan perumahan di Kajang.

Beberapa gambar kesan lebam pada kaki kanak-kanak perempuan itu tular di media sosial.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kajang, Muhamad Nasir Drahman, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera dipercayai dipukul lima orang kanak-kanak lain yang juga merupakan anak jiran pengasuh.

“(Suspek) lebih kurang empat ke lima orang. Berusia antara enam hingga lapan tahun dengan mangsa cedera di kaki.

“Semua suspek yang terlibat akan diambil keterangan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Nasir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan/pengabaian ke atas kanak-kanak.

Sumber : Free Malaysia Today

Exit mobile version