Buat rosak nama komuniti berbasikal

TREND sukan berbasikal di negara ini kelihatan semakin rancak apabila ia dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat untuk menceburi bidang sukan itu.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang berkemungkinan bertindak seperti kurang bijak apabila menunggang basikal dalam situasi yang merbahaya.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian rakaman ‘dash cam’ sebuah kenderaan memaparkan aksi berani penunggang basikal yang berada di laluan tengah di jalan raya menyebabkan perasaan kurang senang pengguna jalan raya lain.

Malah tindakan itu telah mendapat kecaman di media sosial apabila tindakan itu jelaskan mendatangkan risiko kepada orang lain.

Sumber Twitter, @chicanoz

Meskipun pihak berkuasa telah menyediakan beberapa laluan khas untuk aktiviti berbasikal namun masih ada pihak yang masih memilih jalan berisiko.

Bercakap mengenai lokasi di Putrajaya, ia bukan lagi laluan yang asing buat penggemar sukan berbasikal namun perlu ada caranya dari sudut keselamatan.

Sebelum ini, seorang wanita dikhabarkan maut di Putrajaya selepas basikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.