‘Bossku’ bakal dipanggil, langgar SOP

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dipanggil polis berikutan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Video tular baru-baru ini menyaksikan Najib Razak memasuki sebuah premis makanan di Kuala Lumpur tanpa mengimbas aplikasi MySejahtera serta pengambilan suhu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada 19 Mac lalu.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat).

“Kesemua individu yang tular menerusi video berkenaan akan dipanggil ke IPD Dang Wangi dalam masa terdekat untuk beri keterangan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak Pendakwa Raya apabila siasatan telah dijalankan.

Polis menyeru orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan perintah PKPB.