Beg disamun selepas isi minyak, mangsa rugi RM500

SEBUAH video tular yang memaparkan satu kejadian samun terhadap seorang wanita di sebuah stesen minyak di Cheras semalam sedang disiasat oleh pihak polis lapor The Sun Daily.

Video berdurasi 14 saat yang tular di laman sosial itu memperlihatkan seorang wanita tempatan yang tidak menyedari bahawa seorang lelaki bertopi keledar sedang menunggu dia untuk membuka kunci kenderaan setelah selesai mengisi minyak.

“Selepas mangsa membuka kunci kereta, lelaki tersebut dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin kepada The Sun Daily.

“Salah seorang daripada dua suspek dalam kejadian itu membawa lari beg tangan milik mangsa yang menyebabkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM500,” ujar beliau lagi.

“Mangsa yang kemudiannya sedar dengan apa yang telah terjadi cuba mengejar tetapi gagal menahan kedua suspek tersebut,” tambahnya.

Kes yang sedang disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan ini menjadi peringatan kepada semua orang untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya apabila berada di tempat yang ramai orang.

Sumber gambar – Youtube unlimitedcams7064 | Sumber laporan – The Sun