Bapa Durjana!! Rogol, Liwat Anak Gadis Sendiri Berusia 15 Tahun

1521

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa empat anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 105 pertuduhan rogol dan liwat anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu berdepan dengan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan terhadap anak sulungnya di rumah mereka di Kuala Berang, Hulu Terengganu selama hampir empat bulan bermula 14 Ogos sehingga 26 November lalu.

Terdahulu, tertuduh yang juga seorang buruh tiba di mahkamah kira-kira jam 11.15 pagi tadi sambil diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis.

Sumber – Sinar Harian

Baca juga:   Sarawak akan terima air percuma mulai tahun 2020