Home Hiburan Ayda Jebat nafi tinggal bersama keluarga tunang – “Saya datang untuk bincang...

Ayda Jebat nafi tinggal bersama keluarga tunang – “Saya datang untuk bincang soal perkahwinan, solat jemaah bersama”

PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat akhirnya menjawab persoalan netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangan, Nabil Mahir.

Menjelaskan perkara terbabit, jawab Ayda, dia berada di kediaman Nabil atas tujuan perbincangan mengenai hal perkahwinan mereka.

Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. 

“Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab,” tulisnya menerusi ruangan komen Instagram.

Video yang dimuat naik Ayda cetus persoalan netizen.

Terdahulu, Ayda, 28, ditanya oleh salah seorang pengguna Instagram sama ada mereka sudah tinggal serumah apabila dilihat memuat naik satu video bersama Nabil.

Pada masa sama, situasi keberadaan Ayda di rumah Nabil untuk urusan penting keluarga dipersetujui segelintir netizen yang turut mempraktikkan cara yang sama.

Bagaimanapun, Ayda menafikan dia pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya dan tujuan asasnya berada di lokasi tersebut untuk mendalami ilmu agama.

Komen balas Ayda Jebat.

“Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah.

“Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai. 

“Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Sumber: Gempak

Exit mobile version