Home Berita Semasa Aset Nur Sajat diarah sita, gagal bayar pampasan

Aset Nur Sajat diarah sita, gagal bayar pampasan

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Selasa mengarahkan kesemua harta milik usahawan kosmetik yang diburu, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disita.

Perkara itu bertujuan bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokisnya, OWA Resources Sdn. Bhd.

Menurut Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang juga pengeluar perintah tersebut, Farah Wahida Md Nor, tindakan itu susulan Nur Sajat yang gagal membayar jumlah penghakiman pada Disember lalu.

Arahan sita juga dikeluarkan di kediaman Nur Sajat pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Kota Damansara.

Menurutnya lagi, arahan itu juga berikutan Nur Sajat yang dikatakan gagal memberikan sebarang maklum balas untuk membayar pampasan apabila gagal sewaktu sesi rayuannya April lalu.

Difahamkan, Nur Sajat gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokisnya, berdasarkan apa yang dipersetujui.

Sementara itu, peguam mewakili pihak OWA Resources Sdn Bhd, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli menyatakan, penyitaan akan turut dibuat terhadap aset lain sekiranya ia tidak mencukupi membayar hutang saman.

“Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini.

“Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

Sebelum ini, media melaporkan Nur Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis selepas menjalani beberapa dakwaan di mahkamah.

Ini termasuk tindakannya yang telah melarikan diri ke beberapa negara bagi bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan lolos daripada pihak berkuasa.

Exit mobile version